Isnin, 5 Mei 2014

TELUK BAHANG PUSAT PERTUMBUHAN BARU PELANCONGAN PULAU PINANG

TELUK BAHANG PUSAT PERTUMBUHAN BARU PELANCONGAN PULAU PINANG



APAKAH PETANDANYA ?
  1. Memiliki Hutan Lipur, Taman Negara dan Hutan Tropika. Satu-satu di Malaysia iatu hutan tropika yang terdapat di bandar raya-Bandar Raya P.Pinang
  2. Memiliki akses tanah dan kehijauan alam semula jadi yang luas dan memukau
  3. Memiliki beberapa pantai yang memutih dan luas seperti pantai Teluk Duyung,Pantai Kerecut dan Teluk Kampi yang belum tercemar
  4. Daya tarikan hidupan darat dan laut seperti penyu, ikan lelumba, burung-burung hutan dan binatang hutan seperti landak,kancil,tenggiling dsbnya
  5. Pokok-pokok jenis kanopi dan batuan laut berbagai bentuk seperti batu kerusi,batu buaya, batu penyu, batu hampar,batu tepung talam dll
  6. Syurga memancing di atas batu dan di tengah laut
  7. Fauna dan flora yang pelbagai
  8. Restoran dan makanan laut yang beraneka
  9. Penginapan chalet ,homestay, hotel yang termampu
  10. Pasar yang menjual pelbagai juadah,ikan segar,ulam-ulaman.kuih tradisi dll
  11. Harga makanan yang berpatutan
  12. Infrastruktur yang dinaik taraf
  13. Keramahan penduduk tempatan
  14. Perkhidmatan bot- bot pelancongan yang membawa para pelawat mengitari pemandangan dari laut menyaksikan panorama alam
  15. Tumbuhan eksotika yang unik seperti pohon bayur  yang berbunga seluruh pokok  3 tahun sekali
  16. Taman Rerama, Taman Tropika, Taman Buah-buahan dll
  17. Tasik Meromatik tasik air masin dan tawar yang tidak bercampur dan unik di Asia                                          
  18. Hotel-hotel besar yang bakal naik dalam jangka masa terdekat.
  19. Pantai yang dilawati penyu saban bulan dari Lautan Hindi
  20. Pantai yang mengadap ke Samudera  Hindi
  21. Tempat-tempat bersejarah iaitu perkuburan Aceh di pantai Teluk Duyung  
  22. Empangan besar Teluk Bahang dengan panorama yang damai di persekitarannya. 
  23. Banyak lagi daya tarik yang bakal muncul seperti         Taman Tema, Escape Park adalah daya tarikan baru yang akan menggegarkan Malaysia berada di Teluk Bahang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...