Isnin, 5 Mei 2014

Terkini tragedi jambatan ke 2 (dua) Pulau Pinang runtuh di Batu Maung

Terkini tragedi jambatan ke 2 (dua) Pulau Pinang runtuh di Batu Maung



Mengenai perkembangan semasa tragedi jambatan kedua Pulau Pinang yang runtuh, Anggota bomba dan penyelamat masih meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur melibatkan penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan yang disiarkan media mengesahkan terdapat seorang mangsa dalam kereta Kelisa yang terperangkap

Mangsa dikesan melalui peralatan kamera mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.30 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan di buat mengenai keadaan mangsa

Sehingga kini jumlah sebenar mangsa yang terlibat masih tidak dapat disahkan dan dipastikan



Punca runtuhan

Menurut laporan awal, Ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca kepada runtuhnya struktur tersebut

Semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, didapati besi penyokong jambatan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan akibatnya telah berlakunya runtuhan selepas itu SUMBER:http://www.mysumber.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...